Wednesday, December 8, 2010

7 tips untuk kesihatan otak

Sama seperti badan kita, otak juga perlu kita jaga kesegaranya. biasanya kalau untuk kesihatan tubuh, kita selalu bersenam. tapi kalau untuk otak bagaimana ya??

1. Jaga makan. elakkan dari makan 'junk food' yang boleh merosakkan tubuh rusak.

2. Hindari alkohol dan rokok - merosakkan otak!

3. kurangkan guna peralatan yang mengandungi unsur2 aluminiun kerana alumunium yang termasuk kedalam darah secara berlebihan boleh menurunkan daya ingatan

4. Bersukan secara teratur. paling minima lakukan jalan kaki setiap hari selama 30 minit.

5. Jauhi tempat-tempat yang tercemar tinggi karena CO (karbonmonoksida) yang terkandung dalam asap kenderaan bermotor meracuni otak.

6. Asah otak, misalnya dengan main catur, bridge, mengisi teka-teki silang, mempelajari sesuatu dan mempraktikkannya.

7. Rileks..jgn stress sgt. buatlah apa sahaja yang boleh membuat anda sentiasa tersenyum. cthnye baca comik2 yang lucu, dan cerita2 yang kelakar, atau pun bercampur dengan kawan-kawan yang 'sewel' dan 'benggong'

Read More!

Thursday, March 18, 2010

4 tanda orang bahagia


tanda orang bahagia itu ada 4
1. orang yang sentiasa ingat kesalahannya. bila ingat kesalahannya, sesorang itu akan sentiasa berwaspada supaya tidak melakukan kesalahan itu tadi. maka dia akan bahagia
2. orang yang sentiasa lupa kebaikannya. apabila lupa kebaikannya, timbul rasa risau bila sentiasa rasa belum ada kebaikan yang dilakukannya. jadinya sesorang itu akan sentiasa mencari ruang untuk membuat kebaikan.
3. dalam urusan dunia dia melihat kebawah. dengan kata lain akan sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada. kalau rasa kurang harta,ada yang lebih kurang harta, kalau rasa susah, ada yang lebih susah.
4. dalam urusan akhirat dia melihat keatas. melihat seseorang itu rajin beribadah, ingin juga dia untuk turut beribadah. melihat orang belajar ilmu, terasa ingin juga belajar ilmu.

p/s : perkongsian dari kuliah KH.ZAINUDDIN MZ Read More!

Saturday, March 13, 2010

Hidup untuk mati


satu muhasabah untuk diri ini setelah diberi peluang untuk hidup selama 24 tahun, mungkin ada mungkin tidak tahun yang ke 25, tiada siapa yang tahu. Persolannya, apa yang saya buat selama 24 tahun ini?iman macam mana?amalan macam mana? amanah macam mana? ilmu fardhu ain macam mana? takda orang lain yang boleh tolong jawabkan melainkan diri sendiri..astagfirullah hal'azim..

Hidup ini mencari mati yang sempurnya..
segala yang kita lakukan diatas muka bumi ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi hari mati
andai buruk perlakuan kita, maka buruklah persediaan kita, bila buruk persediaan kita, maka sengsaralah kematian kita..
manakala andai baik perlakuan kita, maka baiklah persediaan kita, bila baik persediaan kita, insyaAllah sempurnalah kematian kita..
Mati hanya sekali, ia adalah permulaan bagi 'kehidupan' yang hakiki..
ya Allah..hambaMu ini belum bersedia..
beringatlah wahai taib..esok belum tentu engkau masih disini.. Read More!

Thursday, March 11, 2010

Hero



There's a hero if you look inside your heart.
You don't have to be afraid of what you are.
There's an answer if you reach into your soul
and the sorrow that you know will melt away.


And then a hero comes along
with the strength to carry on
and you cast your fears aside
and you know you can survive.
So, when you feel like hope is gone
look inside you and be strong
and you'll finally see the truth
that a hero lies in you.

It's a long road when you face the world alone.
No one reaches out a hand for you to hold.
You can find love if you search within yourself
and the emptiness you felt will disappear.

And then a hero comes along
with the strength to carry on
and you cast your fears aside
and you know you can survive.

So, when you feel like hope is gone
look inside you and be strong
and you'll finally see the truth
that a hero lies in you.

Lord knows dreams are hard to follow,
But don't let anyone tear them away.
Hold on, there will be tommorow.
In time you'll find the way.

And then a hero comes along
with the strength to carry on
and you cast your fears aside
and you know you can survive.

So, when you feel like hope is gone
look inside you and be strong
and you'll finally see the truth
that a hero lies in you.

That a hero lies in you,
that a hero lies in you.
WRITE THE PART OF THE POST YOU WANT TO HIDE HERE
Read More!

Monday, March 8, 2010

Redha dengan ketentuan-Nya

Redha dengan segala ketentuan Allah, menerima segala peraturan-peraturan itu dengan berlapang dada dan bersenang hati, tidak terasa terpaksa dan dipaksa adalah gambaran kepada kesempurnaan iman dan kepatuhan kepada Allah..

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ". ( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Segala perintah baik melakukan yang wajib atau meninggalkan yang haram perlu kita semua sempurnakan dengan senang hati dan berlapang dada..

Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )

Redha dengan nasib kita..
Redhalah dengan ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t,iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :
" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " .
(Riwayat Muslim)

Percayalah,
bahawa sesungguhnya Allah s.w.t.memastikan terjadinya sesuatu perkara itu sebagai menunjukkan bahawa Dialah yang Maha berkuasa menentukan sesuatu dan Dialah sebaik-baik pencipta dan Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Yakinlah bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri..

Akhirnya, redha dengan rezeki yang ada, banyak atau sedikitnya bukanlah ukuran..Didalam rasa cukup dengan apa yang ada (qana'ah) itu terdapatnya mutiara kebahagiaan bagi orang-orang yang mengerti.

Rujukan Dari : Taqarrub Kepada Allah.
Coretan Nasihat untuk diri ini...
moga manfaatnya dapat ditempiaskan kepada yang turut membaca..
wallahualam. Read More!

Saturday, March 6, 2010

Mencari keberkatan Hidup

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak ben da ‘ bulat ‘ .
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat ..
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ‘ bukti ‘ lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?
Harta benda anta, dari mana anta dapat…?
Ilmu anta, adakah anta manafaat…?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa). Read More!

Tuesday, March 2, 2010

Read More!

Monday, March 1, 2010

what's in my mind?

“The only purpose of education is to teach a student how to live his life-by developing his mind and equipping him to deal with reality. He has to be taught to think, to understand, to integrate, to prove. He has to be taught the essentials of the knowledge discovered in the past-and he ...has to be equipped to acquire further knowledge by his own effort.” ~Ayn Rand Read More!

Wednesday, February 24, 2010

OverLOADed..


Job sometimes can be very stressful.
When there are so many things to worry,
worried about their scores, (can they pass?), have they learn something? or simply attending my classes but at the end they got nothing. sometime i feel that they are 'not hardworking enough'. (or i'm the one who should work harder?). right now i'm thinking of putting more effort on this. I'm the one who should be doing something at the first place.

Also when there are so many things to do, at a very limited time..
"Worrying" itself already make our movement slower. with a lot of things to do at a slow speed, it end up increasing the stress level as more things cannot be done on time.

to many things inside my brain.
Sometimes, i feel my brain simulating MATLAB codes, designing things, solving mathematical equations, circuitry, while riding my bike. haha it looks funny. but yes, its truly happen. ;p
some of my friend says 'taib ni kat lab berbual-bual mesra je dengan semua, tapi bila jumpa kat luar,buat tak nampak je,jgnkan tegur, pandang pun tak?, kadang2 rasa macam nak sepak je mamat nie"
mungkin tak perasan sebb sedang memikirkan sesuatu..

ok. nevermind lah, just feel like writing something.ok lets get the job done. Read More!

Tuesday, February 23, 2010

Exploring Possibilities


Life offers lots of possibilities..

And you would think lots of possibilities would be a good thing. But we don’t always get to choose which possibilities Allah allows in our lives. And we can feel out of control, juggling life’s events just to get by.

Sometimes when i ride home from work, suddenly it began to rain heavily. Normally people will think of stopping and find some shelter, bus stop etc. I prefer to continue riding as i think of possibly there would be no rain a few meters ahead. if i were to stop and wait, i'm going to waste my time waiting!

Every event in our lives opens up a new possibility of knowing Allah more deeply. Are the possibilities in your life leading you to deeper faith? Or are you just getting by? have faith in our rukun Iman and we'll discover the true meaning of Qada' and Qadar in our everyday life. As a human, we will always try to open up new possibilities, we try to study hard, we try to work hard, we try to recover from someting. AND we cannot tell what will be the result at the end. Only Allah knows. One just need to BELIEVE and have good FAITH in what ever Allah give to them.

The POSSIBILITIES experiences can help you discover how you can embrace the opportunities in your life and prepare to accept all possibilities with an open minds and with a more positive way. Read More!

Monday, February 22, 2010

Menternak Virus


Setiap hari Laptop saya ni dijangkiti virus yang berbeza. Padahal baru je format. takkan nak kena format lagi kot. Kaspersky 2010 nampaknye terlalu lesu untuk melawan virus-virus tersebut. jadi saya mencadangkan kepada semua yang terbaca post saya ni, cepat-cepatlah uninstall Kaspersky anda dan bertukar ke produk lain. Avira ke, Panda ke, Mc Afee ke etc. Memang HampehH kaspersky ni..Jakie Chan dah tua, tu yang Kaspersky tak bertenaga..silap jg kaspersky ambil org tua..haa..tgk? apa dah jadi.. Read More!

Thursday, February 18, 2010

Jangan Membinasakan Diri


Membiarkan diri menghadapi peperiksaan tanpa persediaan yang cukup umpama menempah kebinasaan pada result diri sendiri. Memang saja nak cari pasal. Bila termimpi-mimpi fail exam, barulah nak gelabah.
Menjadi satu fenomena yang bukan biasa bila kita sendiri tak tahu apa yang nak diulangkaji. Ini berlaku bila kita sendiri tak tahu apalah yang kta dah belajar sejak beberapa minggu ni..isk2. biar betul..(aku tidur ke dalam kelas?)
Jadi bila menyedari perkara seumpama ini berlaku dalam diri kita, jangan biarkan sahaja, buatlah sesuatu..
Maka?
Marilah kita usahakan sesuatu:
1. Usha soalan2 test yang lepas2(tgk soalan,tgk jwpn terus,haa..mcm ni tak perlu pk byk)
2. Tgk silibus balik : dapatkan gambaran umum apa yang kita sepatutnya tahu by now.
3. Tanye kawan2 yang boleh jawab ondaspot utk dapat maklumat ondaspot(hahaha)

if u think Something really need to be done. just do it. and do it now.
selamat mencuba! Read More!

Wednesday, February 17, 2010

Bila fikiran tiba-tiba jam dan buntu?


Mesti semua orang melaluinya... disaat to-do-list kita panjangnya hampir setengah kilomenter, tiba-tiba fikiran kita jadi jam dan stuck. semua yang tengah dibuat tiba-tiba terhenti. Apa yang sedang difikirkan tiba-tiba jadi lupa. processor otak pun boleh jadi 'hang' seketika..subhanallah. "jadi, nak buat apa nie?" Mari kita test tips yang saya reka ni..hahaha

Stage 1 - Kosongkan minda .
Tarik nafas panjang dan tak perlu fikir apa-apa lagi selama 3-5 minit.
(sila jangan fikir cara untuk mengatasi masalah2 kita yang banyak tue lagi).

Stage 2 - Rawat Hati(10minit)
keluar dari tempat kejadian dan Ambil air sembahyang.
solat sunat 2 rakaat. kalau belum buat solat dhuha, solatlah dhuha(kalau pagi), kalau hari tu kita belum baca alma'thurat, bacalah dulu. kalau semuanya sudah, alhamdulillah. Istigfar..mungkin banyak dosa2 yang kita lakukan yang masih belum kita taubat..

Stage 3 - telefon mak.
Suara mak adalah suara keramat..insyaAllah bukan saja buat kita tenang, malah itulah sumber inspirasi kita. Mungkin just tanya khabar, tapi impaknya besar.

Stage 4 - Sambung kerja dengan suasana yang baru and get the job done.
Kalau tadi buat kerja sambil dengar lagu hijjaz, skarang sambung kerja dengan lagu2 lain, izzatul islam ke, wali band ke, ungu ke.. etc. Ini penting supaya kita dapat mula semula dengan minda yang baru dan tidak dibayangi dengan suasana kebuntuan sebelum ini.

apapun masing-masing ada pendekatan tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini.

Wallaualam..
bahagiakanlah orang2 disekeliling kita, nescaya kita akan bahagia =) Read More!

Tuesday, February 16, 2010

Bersabarlah Wahai Saudaraku.....


Seorang muslim sejati tidak pernah terlepas dari tiga keadaan yang merupakan tanda kebahagiaan, iaitu apbila dia mendapat nikmat maka dia bersyukur, bila berhadapan dengan ujian, dia bersabar dan bila terlanjur berbuat dosa maka dia beristighfar. Bagaimanapun keadaannya dia tetap mampu menuai pahala.

Mulianya Sabar

Diantara ketiga keadaan ini, kehadiran ujian dari pelbagai sudut kadang kala membuatkan hati kita lesu dan letih, mulut mengeluh, dan jari menuding kesana dan kesini.. Lalu apalah hasilnya?
Ingatlah saudaraku semoga Allah merahmatimu, sesungguhnya Allah menjanjikan kebersamaan-Nya yang istimewa bagi orang-orang yang mahu bersabar. Allah S.W.T berfirman,

“Dan bersabarlah kalian sesunguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Al Anfal: 46). Inilah kebersamaan khusus yang Allah janjikan berupa penjagaan, pertolongan dan pembelaan di saat kita memerlukan. Bahkan dengan kesabaran jugalah kita akan mendapat petunjuk.

Allah S.W.T berfirman, “Dan Kami telah menjadikan pemimpin-pemimpin di kalangan mereka (Bani Isra’il) yang membimbing dengan petunjuk dari Kami tatkala mereka mahu bersabar dan senantiasa meyakini ayat-ayat Kami.” (As Sajdah: 24). Sehingga Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan, “Dengan sabar dan yakin itulah akan bisa diraih imamah/kepemimpinan dalam ad dien.”

Sabarlah dalam melaksanakan ketaatan..
Sabarlah dalam menahan diri dari melakukan kemaksiatan
sabarlah dalam menghadapi ujian Allah yang menyakitkan

Allah S.W.T berfirman lagi yang maksudnya “Allah mencintai orang-orang yang sabar.” (Ali Imran: 146). Ujian demi ujian yang datang bakal membentuk peribadi kita agar menjadi hamba yang semakin dicintai oleh Allah S.W.T, yang bersyukur bila mendapat nikmat, bertaubat bila berdosa dan bersabar dalam ketaatan, dalam menghindari maksiat dan tatkala menghadapi musibah. Wallaualam... Read More!

Monday, February 15, 2010

Syukurlah, jangan kufur!


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : "Dua nikmat yang selalu dilepaskan (dilupai) manusia ; sihat dan waktu lapang"

Pagi tadi baru sahaja saya melawat Anas(adik kepada Azim fahada) di hospital. dia terpaksa di tahan wad kerana kesukaran bernafas. Namun penyakit sebenarnya masih sedang dikenal pasti. Mudah-mudahan takda apa-apalah. Sama-sama kita doakan kesihatan dia kembali seperti biasa. InsyaAllah..

Apabila kaki ini melangkah masuk ke perkarangan hospital, saya rasa lain mcm sikit. dengan bau ubat yang 'semerbak', hati ini jadi seram sejuk. Bila melihat org sakit, seolah-olah terasa juga kesakitan yang mereka alami. Ya Allah.. Nikmatnya tidak merasa sakit..Ya Allah...nikmatnya sihat!

Malangnya..tak ramai dikalangan kita yang betul-betul memanfaatkan masa sihat(termasuk diri yang dhaif ini). Bila sakit, barulah kita sedar nikmatnya solat ketika sihat, barulah kita sedar, nikmatnya makan, barulah kita sedar, nikmatnya dapat ke surau solat berjemaah, nikmatnya membantu orang lain..dan mcm-mcm lagi..subhanallah..

Bila dah hilang nikmat sihat baru gelabah dan sedar betapa sihat itu nikmat. baru teringat nak muhasabah amal. namun jangan dilupa,sakit juga adalah nikmat jika ia menjadi Kaffarah pada dosa yang kita lakukan sepanjang hidup kita.

Ala kulli hal, Syukurlah, jangan kufur! Read More!

Sunday, February 14, 2010

Awas! virus MALAs!


Saya mengaku sering terjebak dengan penyakit malasssS. Penah seorang kawan bertanya kepada saya - mcm mana nak hindari rasa malas? Jawab saya pada ketika itu, kita takkan ada rasa malas jika kita tahu dan betul-betul faham tanggungjawab dan apa yang perlu kita buat dalam hidup ini. hmm.. rupanya tidak semudah itu. jadi saya pun carila sumber2 lain utk berhadapan dengan virus ni. Saya tak tahu tips ni berkesan atau tidak. Sebab saya belum praktikkannya lagi. Saya baru jumpa kot
tips ni tadi. So mari la kita bersama-sama mencuba :)

4 Cara untuk mengelak rasa malas :

Kurangkan maksiat, tingkatkan ibadat.
- rasa malas bila hati ini gelap dan tertutup dari Hidayah Allah..ingatlah, setiap sesuatu tu(ilham, idea, ilmu etc) datangnya dari Allah. bagaimana hidayah itu hendak sampai ke hati yang gelap, hitam dan kotor dengan maksiat?lu fikir la sendiri

Buang perkataan malas dengan pantas.
- malas berlaku bila kita berseorangan. Jadi, pertama buang perkataan
malas ganti dengan pantas dan anggaplah ada yang memerhati.

Guna otak kanan iaitu otak kreatif .
- selalu mengubah perjalanan (approach) hidup hari demi hari. Namun, hasrat,
target, sasaran, kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita tetap sama.

Beri stamina kepada diri sendiri.
- orang jadi malas sebab dia tidak bertenaga, tidak ada hasrat, target, sasaran,
kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita. Read More!
Read More!

Saturday, February 13, 2010

Inspired by Laskar Pelangi


I came to watch this movie without much expectation but end up seeing the world at a different angle.

This is a story of our lives. We may notice or not, but millions of children were left out there without enough food, shelter, clothes let alone education. Watching this movie and saw how 10 laskar pelangi (title of the film) went through harsh life with tears and joy but without remorse, it really moved me how we always look above us with envy but not noticing (or worse, ignore) all the blessing that many other people may not have.

Two thumbs up for Andrea Hirata for sharing his life and be motivator for us. Thank you for showing and moving me to understand true meaning of education how a live should be, understand life better and thankful for the bless God gives us.

I enjoy to watch how Bu Mas, Ikal, Lintang, Mahar and friends share their happiness despite the cruelty of world. Read More!

Thursday, February 11, 2010

providing equal learning opportunity to all

Yes, we should provide equal learning opportunity to all, regardless of their background..
somebody suddenly reminded me about this. thanks to him.
no wonder i got such a 'colorful' group of students each semester..
some are eager to learn..
some love to sleep during class
some kept on poteng kelas
some are fast learner
some are a little bit slow

yes, they are not the cream of the cream..but yet they deserve to learn.
that's why I'm here; to EDUCATE them all..equally.. and to unleash their potential Read More!

Lets Live Life to the fulest!

Life is short. So, live it to the fullest!

Enjoy all that it has to offer. Let's get started:

1. every day is a new day!
2. solve problems and get adventurous
3. write it somewhere, share
4. love urself and everyone
5. give as many as you can! Read More!