Sunday, February 14, 2010

Awas! virus MALAs!


Saya mengaku sering terjebak dengan penyakit malasssS. Penah seorang kawan bertanya kepada saya - mcm mana nak hindari rasa malas? Jawab saya pada ketika itu, kita takkan ada rasa malas jika kita tahu dan betul-betul faham tanggungjawab dan apa yang perlu kita buat dalam hidup ini. hmm.. rupanya tidak semudah itu. jadi saya pun carila sumber2 lain utk berhadapan dengan virus ni. Saya tak tahu tips ni berkesan atau tidak. Sebab saya belum praktikkannya lagi. Saya baru jumpa kot
tips ni tadi. So mari la kita bersama-sama mencuba :)

4 Cara untuk mengelak rasa malas :

Kurangkan maksiat, tingkatkan ibadat.
- rasa malas bila hati ini gelap dan tertutup dari Hidayah Allah..ingatlah, setiap sesuatu tu(ilham, idea, ilmu etc) datangnya dari Allah. bagaimana hidayah itu hendak sampai ke hati yang gelap, hitam dan kotor dengan maksiat?lu fikir la sendiri

Buang perkataan malas dengan pantas.
- malas berlaku bila kita berseorangan. Jadi, pertama buang perkataan
malas ganti dengan pantas dan anggaplah ada yang memerhati.

Guna otak kanan iaitu otak kreatif .
- selalu mengubah perjalanan (approach) hidup hari demi hari. Namun, hasrat,
target, sasaran, kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita tetap sama.

Beri stamina kepada diri sendiri.
- orang jadi malas sebab dia tidak bertenaga, tidak ada hasrat, target, sasaran,
kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita.

No comments: