Monday, February 15, 2010

Syukurlah, jangan kufur!


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : "Dua nikmat yang selalu dilepaskan (dilupai) manusia ; sihat dan waktu lapang"

Pagi tadi baru sahaja saya melawat Anas(adik kepada Azim fahada) di hospital. dia terpaksa di tahan wad kerana kesukaran bernafas. Namun penyakit sebenarnya masih sedang dikenal pasti. Mudah-mudahan takda apa-apalah. Sama-sama kita doakan kesihatan dia kembali seperti biasa. InsyaAllah..

Apabila kaki ini melangkah masuk ke perkarangan hospital, saya rasa lain mcm sikit. dengan bau ubat yang 'semerbak', hati ini jadi seram sejuk. Bila melihat org sakit, seolah-olah terasa juga kesakitan yang mereka alami. Ya Allah.. Nikmatnya tidak merasa sakit..Ya Allah...nikmatnya sihat!

Malangnya..tak ramai dikalangan kita yang betul-betul memanfaatkan masa sihat(termasuk diri yang dhaif ini). Bila sakit, barulah kita sedar nikmatnya solat ketika sihat, barulah kita sedar, nikmatnya makan, barulah kita sedar, nikmatnya dapat ke surau solat berjemaah, nikmatnya membantu orang lain..dan mcm-mcm lagi..subhanallah..

Bila dah hilang nikmat sihat baru gelabah dan sedar betapa sihat itu nikmat. baru teringat nak muhasabah amal. namun jangan dilupa,sakit juga adalah nikmat jika ia menjadi Kaffarah pada dosa yang kita lakukan sepanjang hidup kita.

Ala kulli hal, Syukurlah, jangan kufur!

No comments: