Monday, August 25, 2008

Segigih abah, setabah emak



Alhamdulillah, selesai sudah segala urusan konvokesyen. Tidak ada yang lebih bernilai daripada melihat raut wajah seorang ayah dan kegirangan yang ditunjukkan oleh seorang ibu pada hari konvokesyen itu. Moga-moga mereka puas meliat anaknya ini memegang segulung ijazah yang selama ini dinanti-nantikan. Moga-moga juga anaknya ini bakal menjadi insan yang berguna untuk agama. Moga-moga juga anaknya ini bakal membalas segala penat lelah dan mengorbanan mereka selama ini.

Untuk anak lelakinya ini, mak membelikan sejambak bunga. Dalam hati ini timbul satu kerisauan. Risau kerana saya tidak tahu bagaimana hendak menunjukkan saya begitu menghargai bunga tersebut..saya berdoa moga- moga emak dan abah tidak kecil hati dengan bagaimana saya mengendalikan bunga tersebut..terima kasih mak..
Untuk anak lelakinay ini, abah hulurkan RM250 untuk belanja di dungun. Seolah-olah faham benar yang anaknya ini memang kekeringan duit. Abah dan mak tahu, jika ditanya, mmg ada duit saja jwpnnya, jika tak ditanya tak pernah saya meminta. Berat hati nak terima, duit hasil jualan sawit yang tak seberapa. Berpanas terik abah menaiki motor honda70 nya itu ke pekan mengeluarkan duit. Motor kesayangannya itu cukup uzur…

Untuk anak lelakinya ini, mak simpankan sebahagian buah cempedak yang sangat digemari. Saya tergamam. Sebaik tiba dirumah, mak keluarkan buah yang disimpannya itu dan terus dikupaskan, diletaknya diatas pinggan dan dihidangkan kepada anaknya yang tersayang ini. takut-takut dihabiskan oleh adik beradik yang lain..



Untuk anak lelakinya ini juga, disorokkan 2 biji limau yang dibeli beberapa hari lalu di pasar. Disimpan 2 biji limau tersebut kerana tahu anaknya ini akan pulang ke rumah.

Untuk anak lelakinya ini juga, disimpankan sebiji buah pei untuk bekalan pulang ke dungun..

Mak..mak.. cukup untuk buat saya menangis sepanjang perjalanan ke JB. Begitu tinggi kasih sayang seorang emak. Bagaimana mungkin dapat saya membalasnya? Read More!

Sunday, August 10, 2008

mengharungi samudera kehidupan

minggu yang mencabar...
alhamdulillah seminggu di dungun banyak mengajar aku erti hidup berdikari. apa pun yang berlaku, aku mesti survive. kadang-kadang rase mcm nak tercabut nyawa ni daripada badan. alhmdulillah, allah masih lagi kurniakan aku kekuatan.

dalam masa kurang dari 48 jam, aku bergerak
dari paka ke dungun ke KL pastu dari kL ke jb dari jB ke KLuang, pastu ke Jb balik dan balik semula ke dungun. hmmm letih..memang meletihkan..tapi aku puas, banyak pengalaman, pembelajaran yang aku dapat

dapat jgk aku kembali ke SMSJ yang dah 6 tahun aku tinggalkan. dakapan cikgu razak cukup buat aku tergamam.. kemesraan cikgu aziz dan cikgu samad seolah2 memberi suntikan kekuatan utk aku teruskan perjuangan.
dan aku takkan lupa pesanan cikgu samad- "teruskan perjuangan" Read More!

Thursday, July 24, 2008

create the capability to learn and adapt

we must be able to organize ourselves in accordance with changing requirements.
we need to evolve dinamically, and ready to adopt new features and change our character in order to stay relevan.
to win,one must become flexible and adaptive.
but still the porpose and principle remained as it is. Read More!

Wednesday, July 23, 2008

kusut masai


huh kusut masai tali kasut aku memikirkan kemelut politik yg melanda negara sekarang ni. tembak sane tembak sini, tuduh sane tuduh sini, tarik rambut orang tu, tarik rambut org ni..huh! bila nak abes?

bila bace Star hari ni bertambah lagi kusutnye pemikiran bila puak2 ni nak buat sampai 12 empangan janakuasa di sarawak. dijangkakan peningkatan penghasilan tenaga elektrik sehingga 600%! ape kebendanye lah sume ni. bakun pun tak siap lagi, dan kalau siap bakun tu ader lagi reserve tenaga kira2 40% lagi. pun begitu tarif letrik tetap naik jugak. memang tak masuk akal bila antara alasan kenapa perlu ditinggkatkan sehingga 600% penghasilan tenaga tu semata2 mahu menarik pelabur2 asing utk buat kilang2 yang berskala besar di serawak..pastu mereka dapat duit, sisa toksid buang kat sini.buduhla diorang ni..hmm mcm manelah diorang ne pk ek?

~satu lagi projek Barisan Nasional Read More!

Sunday, July 20, 2008

fuyoo! ader karnival parit raja!- satu lagi projek BN



bila balik kampung, saya agak terperanjat dengan banner "karnival parit raja" yang digantung kat trafic light.banner pakcik aziz kaprawi, dengan bangganya menunjukkan 'jempol'nya(tanda bagus) pun berkelliaran disana sini. huh. macam-macam ader.. betapa gigihnya usaha untuk 'menghiburkan' orang-orang kampung ni ye.battle of the band, konsert, karaoke pun ader tue..bila bincang dengan salah seorang penyarah di UTHM, hmm dia pun penin kepala juga katanya.. Read More!

Saturday, July 19, 2008

a future leader



ni anak sedara saye..
kscik lagi budak ne. baru nak blajar bercakap..
dulu kita pun macm dia..
tapi skrg kita dah besar..alhamdulillah Allah tunjukkan kita jalan
dia ni mcm mana agaknya..
bagaimana sejarahnya nanti..

perjalanan masih jauh Read More!

Friday, July 18, 2008

be optimistic, it can be done!

i used to attend a meeting where "big plans" being discussed..
i realized that, there will always two kind of people; the optimistic, and the pessimistic..

the optimistic person will claim that
"if anything is possible, we have the potential to make ANYTHING happen"
while..
the pessimistic person will claim that
"if anything is possible, we have the potential to make NOTHING happen"

huhu.. Read More!

Thursday, July 17, 2008

Beyond winning and losing


what are the consequences of winning?
can winning be sustained?
is there something more important than winning?

this is a matter of self control..
the battle for self control has to be won..
after that, it is merely a question of execution..
there is no such thing as failure, there is only the situation and the lesson..
to 'win', you may need to crush others. although things crushed are often lost,
the essence of their contention often lives on.. Read More!

Wednesday, July 16, 2008

“Kamu semua bukanlah sebuah persatuan kebajikan, bukan juga parti politik2 tidaklah sebuah pertubuhan yang ditubuh bagi tujuan yang sempit. Tetapi kamu merupakan semangat baru yang mengalir dalam jantung umat ini; yang menghidupkan umat dengan al-Qu’ran. Kamu adalah cahaya yang memancar, yang menghapuskan kegelapan malam dengan ma’rifat Allah. Kamu juga adalah suara nyaring yang berkumandang mengulangi dakwah Rasullullah s.a.w. Oleh itu kamu hendaklah merasakan bahawa diri kamu memikul tanggungjawab yang berat itu setelah semua orang menyisihkannya”.- imam Hassan al-Banna Read More!

perjalanan masih jauh

a single picture worth a thousand words..
Read More!

Tuesday, July 15, 2008

beyond the current realm of policy



sometimes were ought to think furhter and further
we should go beyond the limitation
we should always try to break the unbreakable barriers both in physical and mental performance
we should always foresee the probabilities
because
we are standing on the brink of the age of performance
we are standing on the brink of the age of ideas
we are standing on the brink of the age of propaganda
we are standing on the brink of the age of confusion
we are standing on the brink of the age of compression of time and space..

so lets be among the survivors Read More!

generasi baru, harapan baru, inspirasi baru


bila bersama dengan adik-adik baru, saya seringkali merasakan "inilah harapan baru kita"
bila melihat riak wajah mereka keletihan, saya berasa cukup bangga, kerana letihnya mereka utk agama,
bila melihat adik- adik terlena bergelimpangan di sana sini..saya rasa cukup terharu..
ya ALLAH, tetapkan lah kami di jalan MU. sentiasalah beri kekuatan kepada kami utk membantu agamaMU.

utk sahabatku..
ku bangga melihat deritamu dalam perjuangan,
dari melihat gembiramu dalam kelalaian
ku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan,
dari melihat tawamu dalam penghianatan,
daku juga bangga andai kau syahid,
dari hidup tanpa Islam.

sahabt,
kita mulia kerana islam..
salam istiqamah.
takbir! Read More!

setiap saat mengukir sejarah..



benarlah, hidup ini macam mimpi..entah bila kita akan terjaga..selalu kita terjaga dari tidur, 5 jam tidur rase macam 5 minit..kadang-kadang 5 minit tidur rase macam 5 jam tidur..subhanallah. dalam tempoh masa tu, macam-macam yang berlaku. bila sedar, "oh mimpi rupanya"

macam mana ek bila sedar - " oh dah mati rupanya"

















bila dikenang-kenang kenangan semalam..sgt indah rasenye.
tapi sume tu tinggal sejarah dan akan terus menjadi sejarah dalam hidup ini.
subhanallah..inilah kehidupan..
esok mungkin akan datang dan mungkin tak akan datang..
masa depan yang penuh dengan tanda tanya.
Read More!