Monday, August 25, 2008

Segigih abah, setabah emak



Alhamdulillah, selesai sudah segala urusan konvokesyen. Tidak ada yang lebih bernilai daripada melihat raut wajah seorang ayah dan kegirangan yang ditunjukkan oleh seorang ibu pada hari konvokesyen itu. Moga-moga mereka puas meliat anaknya ini memegang segulung ijazah yang selama ini dinanti-nantikan. Moga-moga juga anaknya ini bakal menjadi insan yang berguna untuk agama. Moga-moga juga anaknya ini bakal membalas segala penat lelah dan mengorbanan mereka selama ini.

Untuk anak lelakinya ini, mak membelikan sejambak bunga. Dalam hati ini timbul satu kerisauan. Risau kerana saya tidak tahu bagaimana hendak menunjukkan saya begitu menghargai bunga tersebut..saya berdoa moga- moga emak dan abah tidak kecil hati dengan bagaimana saya mengendalikan bunga tersebut..terima kasih mak..
Untuk anak lelakinay ini, abah hulurkan RM250 untuk belanja di dungun. Seolah-olah faham benar yang anaknya ini memang kekeringan duit. Abah dan mak tahu, jika ditanya, mmg ada duit saja jwpnnya, jika tak ditanya tak pernah saya meminta. Berat hati nak terima, duit hasil jualan sawit yang tak seberapa. Berpanas terik abah menaiki motor honda70 nya itu ke pekan mengeluarkan duit. Motor kesayangannya itu cukup uzur…

Untuk anak lelakinya ini, mak simpankan sebahagian buah cempedak yang sangat digemari. Saya tergamam. Sebaik tiba dirumah, mak keluarkan buah yang disimpannya itu dan terus dikupaskan, diletaknya diatas pinggan dan dihidangkan kepada anaknya yang tersayang ini. takut-takut dihabiskan oleh adik beradik yang lain..



Untuk anak lelakinya ini juga, disorokkan 2 biji limau yang dibeli beberapa hari lalu di pasar. Disimpan 2 biji limau tersebut kerana tahu anaknya ini akan pulang ke rumah.

Untuk anak lelakinya ini juga, disimpankan sebiji buah pei untuk bekalan pulang ke dungun..

Mak..mak.. cukup untuk buat saya menangis sepanjang perjalanan ke JB. Begitu tinggi kasih sayang seorang emak. Bagaimana mungkin dapat saya membalasnya? Read More!

Sunday, August 10, 2008

mengharungi samudera kehidupan

minggu yang mencabar...
alhamdulillah seminggu di dungun banyak mengajar aku erti hidup berdikari. apa pun yang berlaku, aku mesti survive. kadang-kadang rase mcm nak tercabut nyawa ni daripada badan. alhmdulillah, allah masih lagi kurniakan aku kekuatan.

dalam masa kurang dari 48 jam, aku bergerak
dari paka ke dungun ke KL pastu dari kL ke jb dari jB ke KLuang, pastu ke Jb balik dan balik semula ke dungun. hmmm letih..memang meletihkan..tapi aku puas, banyak pengalaman, pembelajaran yang aku dapat

dapat jgk aku kembali ke SMSJ yang dah 6 tahun aku tinggalkan. dakapan cikgu razak cukup buat aku tergamam.. kemesraan cikgu aziz dan cikgu samad seolah2 memberi suntikan kekuatan utk aku teruskan perjuangan.
dan aku takkan lupa pesanan cikgu samad- "teruskan perjuangan" Read More!