Thursday, March 18, 2010

4 tanda orang bahagia


tanda orang bahagia itu ada 4
1. orang yang sentiasa ingat kesalahannya. bila ingat kesalahannya, sesorang itu akan sentiasa berwaspada supaya tidak melakukan kesalahan itu tadi. maka dia akan bahagia
2. orang yang sentiasa lupa kebaikannya. apabila lupa kebaikannya, timbul rasa risau bila sentiasa rasa belum ada kebaikan yang dilakukannya. jadinya sesorang itu akan sentiasa mencari ruang untuk membuat kebaikan.
3. dalam urusan dunia dia melihat kebawah. dengan kata lain akan sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada. kalau rasa kurang harta,ada yang lebih kurang harta, kalau rasa susah, ada yang lebih susah.
4. dalam urusan akhirat dia melihat keatas. melihat seseorang itu rajin beribadah, ingin juga dia untuk turut beribadah. melihat orang belajar ilmu, terasa ingin juga belajar ilmu.

p/s : perkongsian dari kuliah KH.ZAINUDDIN MZ Read More!

Saturday, March 13, 2010

Hidup untuk mati


satu muhasabah untuk diri ini setelah diberi peluang untuk hidup selama 24 tahun, mungkin ada mungkin tidak tahun yang ke 25, tiada siapa yang tahu. Persolannya, apa yang saya buat selama 24 tahun ini?iman macam mana?amalan macam mana? amanah macam mana? ilmu fardhu ain macam mana? takda orang lain yang boleh tolong jawabkan melainkan diri sendiri..astagfirullah hal'azim..

Hidup ini mencari mati yang sempurnya..
segala yang kita lakukan diatas muka bumi ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi hari mati
andai buruk perlakuan kita, maka buruklah persediaan kita, bila buruk persediaan kita, maka sengsaralah kematian kita..
manakala andai baik perlakuan kita, maka baiklah persediaan kita, bila baik persediaan kita, insyaAllah sempurnalah kematian kita..
Mati hanya sekali, ia adalah permulaan bagi 'kehidupan' yang hakiki..
ya Allah..hambaMu ini belum bersedia..
beringatlah wahai taib..esok belum tentu engkau masih disini.. Read More!

Thursday, March 11, 2010

Hero



There's a hero if you look inside your heart.
You don't have to be afraid of what you are.
There's an answer if you reach into your soul
and the sorrow that you know will melt away.


And then a hero comes along
with the strength to carry on
and you cast your fears aside
and you know you can survive.
So, when you feel like hope is gone
look inside you and be strong
and you'll finally see the truth
that a hero lies in you.

It's a long road when you face the world alone.
No one reaches out a hand for you to hold.
You can find love if you search within yourself
and the emptiness you felt will disappear.

And then a hero comes along
with the strength to carry on
and you cast your fears aside
and you know you can survive.

So, when you feel like hope is gone
look inside you and be strong
and you'll finally see the truth
that a hero lies in you.

Lord knows dreams are hard to follow,
But don't let anyone tear them away.
Hold on, there will be tommorow.
In time you'll find the way.

And then a hero comes along
with the strength to carry on
and you cast your fears aside
and you know you can survive.

So, when you feel like hope is gone
look inside you and be strong
and you'll finally see the truth
that a hero lies in you.

That a hero lies in you,
that a hero lies in you.
WRITE THE PART OF THE POST YOU WANT TO HIDE HERE
Read More!

Monday, March 8, 2010

Redha dengan ketentuan-Nya

Redha dengan segala ketentuan Allah, menerima segala peraturan-peraturan itu dengan berlapang dada dan bersenang hati, tidak terasa terpaksa dan dipaksa adalah gambaran kepada kesempurnaan iman dan kepatuhan kepada Allah..

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ". ( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Segala perintah baik melakukan yang wajib atau meninggalkan yang haram perlu kita semua sempurnakan dengan senang hati dan berlapang dada..

Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )

Redha dengan nasib kita..
Redhalah dengan ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t,iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :
" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " .
(Riwayat Muslim)

Percayalah,
bahawa sesungguhnya Allah s.w.t.memastikan terjadinya sesuatu perkara itu sebagai menunjukkan bahawa Dialah yang Maha berkuasa menentukan sesuatu dan Dialah sebaik-baik pencipta dan Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Yakinlah bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri..

Akhirnya, redha dengan rezeki yang ada, banyak atau sedikitnya bukanlah ukuran..Didalam rasa cukup dengan apa yang ada (qana'ah) itu terdapatnya mutiara kebahagiaan bagi orang-orang yang mengerti.

Rujukan Dari : Taqarrub Kepada Allah.
Coretan Nasihat untuk diri ini...
moga manfaatnya dapat ditempiaskan kepada yang turut membaca..
wallahualam. Read More!

Saturday, March 6, 2010

Mencari keberkatan Hidup

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak ben da ‘ bulat ‘ .
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat ..
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ‘ bukti ‘ lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?
Harta benda anta, dari mana anta dapat…?
Ilmu anta, adakah anta manafaat…?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa). Read More!

Tuesday, March 2, 2010

dump image












Read More!

Monday, March 1, 2010

what's in my mind?

“The only purpose of education is to teach a student how to live his life-by developing his mind and equipping him to deal with reality. He has to be taught to think, to understand, to integrate, to prove. He has to be taught the essentials of the knowledge discovered in the past-and he ...has to be equipped to acquire further knowledge by his own effort.” ~Ayn Rand Read More!